HashOcean

Wednesday 23 December 2015

Pisang Pelik 7 Jantung


Kota Belud: Pokok pisang yang luar biasa ini menjadi tumpuan penduduk sekitar kerana lain dari yang lain, pokok ini ditemui di Kg. Timbang 100km dari Kota Kinabalu yang tumbuh di belakang rumah pemiliknya Kalangak Kungkung Wogok,70. Menurutnya, pisang yang berjantung 3 ini (dalam gambar) merupakan genarasi ke-2.

Katanya, pokok pisang genarasi pertama mempunyai 7 jantung tapi malang sekali gambarnya tidak dapat ditangkap kerana waktu itu tiada penduduk yang mengetahui akan kewujudannya dan beliau sendiri tiada Kemara.

Beliau menambah, pisang genarasi pertama tersebut telah ditebang dan rasa buahnya adalah sama seperti pisang normal.Katanya, pisang itu ditanam hampir 2 tahun yang lalu dan tidak pernah menggunakan sebarang baja atau hormon, jantung itu tumbuh secara semulajadi.

Sementara itu, pengunjung Kunat Ong,48, berkata, pisang berjantung lebih daripada satu jarang berlaku di kawasan ini dan menambah ia merupakan satu keajaiban daripada pencipta.

Menurut Unggak Tangkol,32, kakitangan jabatan pertanian, berkata bahawa pisang ini hanya mengalami kelainan genetik dan walaupun ianya pelik tetapi tiada kaitan dengan unsur-unsur kuasa ghaib.

Pemilik berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang perkara pelik sebelum atau selepas pisang pelik ini muncul apalagi selepas memakan buahnya. Tetapi pisang ini memang pelik kerana sepanjang hidup ini kali pertama melihatnya. Ujarnya.